Isnin, 9 Disember 2013

BAGANG PENANGKAPAN IKAN BILIS

Bagang adalah struktur binaan di tengah laut , bertiang empat dan berbentuk empat segi. Keluasannya yang lazim adalah 20x20 kaki. Bagang berfungsi sebagai alat yang dibina untuk menangkap ikan bilis semasa bulan gelap. Terdapat banyak bagang dibina di beberapa lokasi di Sabah. Contohnya, Teluk Kimanis, Kota marudu, Pitas, Tawau, Sandakan dan banyak tempat lagi. Sehingga selepas hujung tahun 1990 an, bagang mula wujud di Teluk Kimanis. Dianggarkan terdapat lebih 200 buah bagang pada ketika itu. Semenjak itu, tangkapan utama iaitu ikan bilis telah menjadi bahan komoditi utama diperdagangkan di sekitar Membakut, Bongawan, Mandahan, Kimanis dan Andus.



Di antara bahan yang diperlukan untuk membuat bagang adalah pokok nibung, bakau, buluh, tali dan guni plastik. Nibung dipilih kerana batangnya yang lurus dan panjang hingga melebihi 15 kaki. Jika dasar terlalu dalam, nibung akan disambung 2 menggunakan nat besi. Kebiasaannya, bakau dan buluh digunakan sebagai lantai. Untuk memacakkan tiang bagang, karung diisi dengan pasir dan diikat dengan tiang nibung untuk menenggelamkannya. Semakin banyak tiang, semakin kukuh ia.

UNTUK TEMPAHAN KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA-0148669201-HARRY/KOTA KINABALU

4 ulasan:

  1. UNTUK TEMPAHANKETERANGAN LEBIH LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA-0148669201-HARRY/KOTA KINABALU

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum Harry, iKan masin sulig yang kecil berapa se kilo. Siap
    Hantar ke jb
    No tel 0178413010 atau w app

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum Harry, iKan masin sulig yang kecil berapa se kilo. Siap
    Hantar ke jb
    No tel 0178413010 atau w app

    BalasPadam
  4. Harga borong 60-80kg bilis kopek
    0168869417

    BalasPadam